Peristiwa    Politik    Sosial    Budaya    Seni    Bahasa    Olahraga    Ekonomi    Pariwisata    Kuliner    Pilkada   
adsbybawean
Home » » Halimah Gesa Perluas Banteras Tatu

Halimah Gesa Perluas Banteras Tatu

Posted by Media Bawean on Sabtu, 02 Agustus 2008

Media Bawean, 2 Agustus 2008

Sumber : http://cyberita.asia1.com.sg/
Oleh : Kamali Hudi

USAHA membanteras gejala remaja bertatu harus dilakukan dengan lebih meluas agar remaja lebih menyedari kesan buruk akibat kegiatan itu, gesa Anggota Parlimen GRC Jurong, Cik Halimah Yacob, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan ceramah interaktif Tatu Oh Tatu... di Kelab Masyarakat Bukit Batok East, anjuran bersama Persatuan Bawean Singapura dan kelab masyarakat tersebut.

Acara itu menampilkan tiga orang penceramah.

Ustaz Harunarrashid Zainudin menyampaikan ceramah Kesan tatu dari sudut agama dan masyarakat.

Dr Khairul Abdul Rahman membincangkan Kesan, rawatan dan cara membuang tatu.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Ain, Haji Mohd Yusof Ismail, pula menerangkan Sebab belia boleh tertarik dan menerima tatu dan langkah-langkah mengelakkan belia daripada berminat pada tatu.

Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat Bukit Batok East, Haji Omar Ismail, berkata ceramah itu bertujuan memberi penekanan, pengajaran dan bimbingan kepada ibu bapa dan remaja berhubung perbuatan mencacah tatu dari sudut agama dan kesihatan.

'Oleh kerana ia mempunyai akibat negatif, kita harus mengelakkan ia daripada mempengaruhi orang terdekat dengan kita,' kata beliau.

Selain ceramah, hadirin berpeluang mendengar pengakuan dua remaja bertatu yang sekarang berusaha menanggalkan tatu pada tubuh mereka dengan mengikuti program Mudik Ke Hulu, yang dijalankan oleh Masjid Tentera bagi membantu remaja menanggalkan tatu.

SHARE :

Posting Komentar

 
Copyright © 2015 Media Bawean. All Rights Reserved. Powered by INFO Bawean