Media Bawean, 8 Maret 2009
Oleh : Sabry Azhary (sabry_az76@yahoo.com)
Oleh : Sabry Azhary (sabry_az76@yahoo.com)
Memperingati Hari Maulid Nabi Muhammad S.A.W,bertujuan untuk memuliakan Nabi berdasarkan firman Allah dalam Al-Quran terjemahannya:
Maka orang yang beriman kepada Muhammad S.A.W memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya(Al-Quran)mereka itulah yang beruntung 'Al-Araf 157'.
Maka orang yang beriman kepada Muhammad S.A.W memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya(Al-Quran)mereka itulah yang beruntung 'Al-Araf 157'.
Maulid Nabi pertama kali diselenggarakan oleh Sultan Salahudin Al-Ayubi ketika menghadapi pasukan salib bagi membakar semangat berjuang dan berkorban untuk menyelamatkan umat Islam dan sebagai memperingati kejayaan Sultan Salahudin Al-Ayubi berhasil memimpin tentera Islam memasuki Jurussalam Palastin.
Hukum
Terdapat dua pendapat mengenai Maulid Nabi iaitu pendapat pertama:melakukannya adalah satu perbuatan yang dianjurkan bagi umat Islam.Pendapat yang kedua pula:menyalahkan menyambut hari Maulid adalah satu bid'ah disebabkan ia tidak pernah dilakukan semasa zaman Rasullullah dan Para Sahabat.Menurut pendapat pertama hujah mengapa Maulid Nabi boleh diperingati adalah bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W datang ke Madinah maka Nabi mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada Hari Asyura iaitu hari sepuluh muharram.Maka Nabi S.A.W bertanyakan kepada Orang Yahudi itu"Kenapa kamu berpuasa pada Hari Asyura? "jawab mereka "ini adalah hari peringatan pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan maka kami berpuasa kerna bersyukur kepada tuhan". maka Nabi Muhammad S.A.W berkata "kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu".Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
Pendapat Ulama'
Ibnu Hajar Al-Asqolani pengarang syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata dari Hadith ini dapat didapati hukum:
Umat Islam di bolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari yang dianggap besar umpanya hari-hari
Maulid Israj Mi'raj dan lain-lain.
Nabi pun Turut memperingati hari tenggelamnya firaun dan bebasnya Musa dan melakukan puasa Asyura
sabagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.
Dikirim oleh Sabry Gn Suka
Ini adalah sebagai mesej kepada saudara ku Abdullah,kemungkinan mesej ini boleh menolong atas hujah yang diperbolehkan memperingati Maulid Nabi Muhammad S.A.W.Dan kalau seandainya mesej ini kurang memuaskan tolong diperbetulkan sebab itu adalah atas kelemahan diri saya.
Posting Komentar