Media Bawean, 19 Oktober 2009
Sumber : PORTAL CYBERITA ONLINE
Ketua SSA Consulting akan jadikan pemberian sebagai dorongan majukan niaga
Oleh : Shamsul Jangarodin
KETUA Pegawai Eksekutif SSA Consulting Group, Encik Suhaimi Salleh, diberikan Anugerah Bawean Teladan atas pencapaian dan sumbangan besarnya terhadap masyarakat Singapura.
Anugerah yang disampaikan dalam Majlis Salam Lebaran 2009 anjuran Persatuan Bawean Singapura (PBS) di Kelab Akar Umbi semalam itu bertujuan mengiktiraf sumbangan tokoh-tokoh Bawean bukan sahaja kepada masyarakat Bawean malah kepada masyarakat Melayu/Islam dan Singapura amnya.
Anugerah kelmarin merupakan yang ke-10 semenjak diperkenalkan pada 1999.
Antara penerima terdahulu anugerah tersebut termasuk Haji Ridzwan Dzafir, Ustaz Embek Ali (Allahyarham ) dan usahawan, Encik Sujimy Mohamad.
Sementara itu, juara Anugerah 2009, Nur Sarah Aqilah Jamil, dan penerima Anugerah Kejururawatan Singapura-Yayasan Lee, Hajah Rohanah Haji Pagi, diberikan Anugerah Bawean Cemerlang.
Mengulas tentang anugerah tersebut, Encik Suhaimi, 54 tahun, berkata ia satu tanggungjawab berat buat dirinya untuk terus berbakti kepada masyarakat Bawean dan Singapura amnya.
'Anugerah ini juga sangat bermakna kerana ia mendorong saya agar terus memajukan perniagaan saya ke peringkat yang lebih tinggi,' kata Encik Suhaimi yang menerima anugerah itu daripada tetamu terhormat, Setiausaha Parlimen Kanan (Tenaga Manusia merangkap Kesihatan) Encik Hawazi Daipi.
Menurut Presiden PBS, Encik Faizal Wahyuni, anugerah tersebut diharap dapat menjadi perangsang kepada generasi muda hari ini supaya terus maju.
Dalam ucapannya kepada lebih 500 individu Bawean, Encik Hawazi berkata masyarakat Bawean setempat telah berjaya meningkat maju seiring dengan masyarakat lain di Singapura.
Namun dengan cabaran persaingan sejagat, mereka juga harus peka dengan meningkatkan kemahiran demi terus kekal relevan dalam pasaran pekerjaan di sini.
Encik Hawazi yang berketurunan Bawean turut mengalu-alukan pencapaian orang-orang Bawean kerana mereka kini tidak lagi dikenali sebagai pekerja laut atau drebar, dua pekerjaan yang sering dikaitkan dengan masyarakat tersebut.
'Ini hasil kesungguhan kuat masyarakat Bawean untuk berjaya dan meraih peluang-peluang yang ada.
'Namun tidak cukup dengan diploma atau ijazah pertama. Kelayakan kita tidak lagi digunakan sepanjang hayat pekerjaan kita dan mungkin tidak sesuai dalam masa 10 tahun atau lebih,' katanya.
Encik Hawazi juga menyentuh tentang masyarakat Singapura yang semakin tua dan peri pentingnya menjaga kesihatan dan menabung untuk menampung kos hari tua.
Majlis tersebut turut diserikan oleh persembahan ahli silap mata, Imran Mohd Ishak, juga seorang anak Bawean.

Posting Komentar