Media Bawean, 10 Oktober 2009
Sumber : CYBERITA ONLINE,
SINGAPURA
Persatuan juga akan beri anugerah Bawean Cemerlang kepada artis
Oleh : Saini Salleh
SEORANG konsultan pengurusan dan perakaunan yang tersohor di sini bakal ditabalkan sebagai Bawean Teladan 2009 dalam satu majlis anjuran Persatuan Bawean Singapura (PBS) minggu depan.
Sementara itu seorang artis yang tiba-tiba harum namanya di persada dunia hiburan menyusuli kemenangannya dalam satu peraduan pula dipilih untuk menerima anugerah Bawean Cemerlang.
Mengenai pemilihan konsultan itu, Setiausaha PBS, Haji Morni Sulaiman, berkata selain menjadi 'bos' syarikatnya sendiri dan beberapa anak syarikatnya, beliau juga banyak dan pernah menyumbang bakti di peringkat badan-badan Melayu/Islam dan nasional.
Ini termasuklah dua badan bantu diri, Politeknik Temasek, Institut Pengurusan Singapura (SIM), Majlis Pengangkutan Awam (PTC) dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).
Pada November tahun lalu, akauntan bertauliah itu menerima sijil pengiktirafan Lembaga Pensijilan Konsultan Pengurusan Amali (PMCCB). Beliau adalah satu-satunya konsultan Melayu daripada 31 konsultan setempat yang menerima sijil tersebut.
Pada bulan yang sama, syarikatnya dilantik sebagai satu-satunya syarikat Melayu yang mengelolakan program peningkatan kemahiran di bawah Program Kemahiran bagi Peningkatan dan Ketahanan (Spur).
Selain dua anugerah tersebut, PBS turut memberikan anugerah kepada beberapa tokoh masyarakat keturunan Bawean menerusi dua lagi kategori iaitu Bawean Jasawan dan Bawean Budiman.
Empat penerima Anugerah Bawean Teladan sebelum ini ialah Encik Sujimy Mohamad, pemilik syarikat ScreenBox Pte Ltd; Haji Ridzwan Dzafir, mantan pengarah agung Lembaga Kemajuan Perdagangan (TDB); Haji Embek Ali, guru agama yang turut dikenali kerana giat memerangi ajaran sesat; dan Haji Ahmad Dawan, yang pernah mengendalikan rumah peralihan bagi bekas penagih dadah dan menerajui Kelab Sepak Takraw Bawean Putra.
Majlis penyampaian anugerah tahunan itu akan diadakan sempena acara Salam Lebaran anjuran PBS di Grassroot Club, Sabtu depan, dari 1.30 hingga 5.30 petang.
Turut diadakan di majlis itu ialah penyerahan bantuan pelajaran sebanyak $5,000 kepada pelajar-pelajar sekolah rendah, menengah dan madrasah sepenuh masa yang cemerlang dalam peperiksaan masing-masing.
Majlis tersebut akan diserikan dengan nyanyian penyanyi Alif Aziz, kumpulan Akademi Cili Padi, persembahan silap mata oleh Encik Imran Mohd Ishak, penerangan mengenai seni dan sejarah Pencak Bawean oleh Haji Basri Alang, lawak jenaka oleh Husin Saaban dan Mahadi Shor serta tarian daripada Kumpulan Naim Pani.
Turut disertakan ialah pungutan derma bagi mangsa gempa di Padang.
Tamu terhormat majlis itu ialah Setiausaha Parlimen Kanan (Tenaga Manusia merangkap Kesihatan), Encik Hawazi Daipi.
Tiket berharga $35 seorang kini boleh dibeli dengan menelefon 6344-5738, Haji Mohd Seain (9742-4291) atau di Sinaran Suria Cafe, #02-20, Golden Landmark.

Posting Komentar