Peristiwa    Politik    Sosial    Budaya    Seni    Bahasa    Olahraga    Ekonomi    Pariwisata    Kuliner    Pilkada   
adsbybawean
Home » » IDOLA BAWEAN30 Peserta Bakal Jalani Sesi Latihan

IDOLA BAWEAN30 Peserta Bakal Jalani Sesi Latihan

Posted by Media Bawean on Sabtu, 07 November 2009

Media Bawean, 7 November 2009

Sumber : PORTAL CYBERITA ONLINE


SERAMAI 30 peserta yang mendaftar bagi pertandingan Bawean Idol akan menjalani sesi latihan dan pratonton yang dibuka kepada orang ramai pada Sabtu depan.

Menurut pengerusi acara, Abdolah Lamat, beliau gembira kerana pertandingan itu menarik penyertaan daripada pelbagai peringkat usia - semuda 13 tahun hinggalah peserta berusia 70 tahun - yang masih mempunyai suara mantap dan merdu.

'Saya paling gembira kerana peserta bukan saja terdiri daripada mereka yang berketurunan Bawean, tetapi orang Jawa, Melayu dan keturunan India pun ada. Mereka akan diberi latihan sebelum pertandingan sebenar diadakan nanti,' ujar Abdolah yang juga seorang penggubah lagu.

Sesi pratonton itu akan berlangsung di Balai Rakyat Siglap South, No 6, Palm Road off Upper East Coast Road.

Dalam majlis itu nanti, koleksi lagu-lagu Bawean dan Madura dalam bentuk karaoke akan diperdengar dan diperkenalkan kepada peserta yang bakal bertanding. Mereka akan dibimbing oleh beberapa personaliti antaranya Kasim Selamat (penyanyi lagu La-a-obe), Salleh Ahmad (mantan juruhebah radio) dan Abdolah sendiri.

Acara pratonton dibuka percuma dari 5 petang hingga 9 malam.

Tiket-tiket pertandingan dan konsert Bawean Idol yang berlangsung pada 5 Disember akan mula dijual pada Sabtu depan dengan harga $5.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Abdolah Lamat di talian 9875-4429 atau Rohana di 6241-1925.

SHARE :

Posting Komentar

 
Copyright © 2015 Media Bawean. All Rights Reserved. Powered by INFO Bawean