Dengan penuh dukacita kami dari pihak Persatuan Bawean Singapura memaklumkan bahawa Bpk Hj Asmawi Majid, Naib Presiden II PBS telah pulang ke Rahmatullah sekitar jam 4.30 petang tadi hari rabu (17/10).
PBS ingin merakamkan salam takziah buat keluarga Almarhum. Semoga di ampuni segala dosa nya dan di cucuri Rahmat ke atas roh Almarhum. Semoga husnul khotimah.
PBS juga ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada Almarhum atas jasa budi dan pengorbanan beliau bukan sahaja kepada PBS tetapi kepada seluruh masyarakat Bawean Singapura.
Semoga amal jasa dan bakti Almarhum menjadi penerang di alam barzah dan rohnya ditempatkan olehNya bersama insan-insan yang mendapat keredhaan Allah.
Secara peribadi, pemergian Almarhum adalah satu kehilangan besar buat saya. Kerana Almarhum lah sahabat karib dan saudara seperjuangan yang senantiasa memberikan dorongan dan galakkan dalam tanggungjawap saya memimpin PBS. Tidak dapat saya gambarkan kesedihan dan kepiluan ....
ALFATEHAH
Faizal Wahyuni
Persatuan Bawean Singapura