Media Bawean, 5 September 2008
Sumber : http://cyberita.asia1.com.sg/
TERKILAT IKAN DI AIR
TONGKOL
Oleh
Jamilah M Hassan
SELAMAT berjumpa lagi dan selamat berpuasa.
Kali ini, sebagai memenuhi permintaan 'orang dapur', saya dengan suka citanya mengetengahkan kisah ikan tongkol, iaitu nama tempatan bagi ikan tuna.
Tongkol yang banyak terdapat di pasaran tempatan dan di rantau ini ialah jenis bermata besar (bigeye tuna).
Walaupun ikan ini kurang digemari oleh segelintir anggota masyarakat kita, ia amat dihargai di Jepun (dipanggil mebachi). Namun, ukuran tongkol di sini agak kecil jika dibandingkan dengan yang terdapat di negara matahari terbit itu - sebesar atau melebihi ukuran orang dewasa!
Tekstur dan warna isinya juga jauh berbeza. Di sini, isi tongkol seakan-akan isi ikan tenggiri (maklumlah tongkol dan tenggiri ini satu famili).
Tetapi di Jepun, isinya persis daging lembu dengan warna kemerah-merahan, dan dikatakan rasanya juga seakan-akan rasa daging lembu. Di negara itu, isi tongkol dimakan mentah dan dihidangkan sebagai susyi dan sasyimi.
Tongkol ditangkap di lebih daripada 70 negara dan dijual dalam bentuk segar, dinginbeku atau ditinkan. Jepun, diikuti Amerika Syarikat, merupakan negara pengguna terbesar ikan tongkol.
Tongkol mempunyai jangka hayat yang panjang - 10 hingga 12 tahun - dan tongkol hitam (bluefin tuna) boleh hidup sehingga 30 tahun!
Terdapat perbezaan yang nyata antara tongkol jantan dengan yang betina dari segi bentuk, ukuran, struktur dan warna. Tongkol jantan membesar lebih pantas menyebabkan bilangannya sangat besar berbanding tongkol betina.
Susuk badan tongkol memanjang dan langsing seperti torpedo, tetapi agak 'tembam' dengan kepala dan mata yang besar. Warnanya biru gelap metalik di bahagian atas dengan keperak-perakan di bahagian perut.
Badannya dipenuhi sisik-sisik yang sangat halus kecuali di bahagian dada dan perutnya yang dilitupi sisik-sisik besar dan tebal tetapi tidak begitu nyata. Sirip dadanya panjang jika dibandingkan dengan jenis tongkol lain.
Mulut tongkol bermuncung tajam dan mempunyai gigi-gigi tirus di kedua-dua rahangnya. Ia makan berjenis-jenis ikan; sefalopod - berjenis-jenis sotong termasuk kurita; krustasea - kerang-kerangan termasuk ketam, udang kara/karang, udang getak dan udang. Ikan ini makan pada waktu malam dan siang.
Tempat bermain tongkol ialah di bahagian atas dan lapisan tengah laut hingga ke kedalaman lebih daripada 500 meter, bergantung pada ukuran dan spesies. Ikan yang kecil boleh didapati di perairan tohor di kawasan yang terdapat benda-benda terapung.
Tongkol terkenal sebagai perenang pantas - tongkol hitam bergerak selaju 70 km sejam. Ikan ini berenang dalam kumpulan kecil - enam hingga 40 ekor - semuanya sama besar tetapi termasuk spesies berlainan.
Tongkol juga gemar berenang bersama ikan lumba-lumba demi mengelakkan dirinya dibaham jerung (jerung selalunya menghindar daripada bersua muka dengan ikan lumba-lumba - takut agaknya...).
Namun tongkol yang sangat besar (seberat 225 kilogram) biasanya suka bersendirian. Dan oleh kerana ukurannya itu, ia mempunyai mangsa yang sedikit termasuk ikan layaran/mersuji (billfish), paus dan manusia (alamak! Betul ke? Tapi kalau ukurannya lebih besar daripada manusia dan perut berkeroncong, semuanya boleh jadi...).
Tongkol kaya dengan protein dan asid lemak omega-3 yang baik untuk kesihatan kita.
Jenis tempatan selalunya dimasak celok - lauk yang terkenal dalam masyarakat Bawean. Ia juga boleh dimasak kari, asam pedas atau gulai.
Di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia iaitu Kelantan dan Terengganu, gulai tongkol dimakan bersama nasi dagang, dan ikan ini dipanggil aya.
Sebagai mengakhiri cerita tongkol ini - panjang pulak kisahnya ya; maklumlah ada 'permintaan khas' - saya turunkan resipi gulai kerisik tongkol untuk anda mencubanya.
SEKILAS
Nama biasa: Tongkol, aya hitam, bakulan (Bigeye tuna)
Nama saintifik: Thunnus obesus
Famili: SCOMBRIDAE
Taburan: Di semua lautan dalam yang bersuhu hangat dan sederhana kecuali Laut Merah dan Teluk Parsi.
RENCAH
Ciri menyerlah tongkol ialah adanya sepasang lunas (keel) condong di antara lunas di bahagian tengah di kedua-dua belah dekat dengan ekornya.
Lunas-lunas ini membantu tongkol merentasi arus laut dengan pantas dalam usahanya berhijrah dari satu kawasan ke kawasan yang lain.

Posting Komentar