Media Bawean, 26 Januari 2009
Sumber : Cyberita Online
PERISTIWA BAHASA
Oleh : Mohd Gani Ahmad
'Koretana eson namana toan.' Ungkapan bahasa Bawean ini beberapa kali diucapkan oleh Pendeta Dr Muhammad Ariff Ahmad ketika berpapasan jalan dengan kereta mewah yang dipandu dengan lajunya oleh drebar Melayu.
Terutama jika kereta itu memotong atau memintas kereta beliau di sekitar Scotts Road, Paterson Road atau Grange Road. Jalan-jalan inilah yang menjadi lalu-lalang beliau ke pejabat di Kay Siang Road akhir tahun 70-an dahulu.
Ungkapan bahasa Bawean ini bermakna, 'Kereta (kepunyaan) saya, pendaftarannya sahaja namanya tuan'.
Sejak tahun 40-an, para pemandu kereta privet atau kereta pakai ini, banyak dikerjakan oleh suku kaum Bawean. Istilah umum drebar digunakan orang berbanding dengan pemandu kereta.
Dalam masa itu, para majikan yang kebanyakannya orang Eropah yang menjadi pengarah dan pengurus syarikat, biasanya disediakan kemudahan: rumah banglo dan motokar oleh syarikatnya.
Pemandu yang tidak disediakan kuates atau rumah tumpangan pekerja diperbolehkan membawa kereta pulang ke rumah. Kereta ini macam kereta mereka sendiri.
Biasanya, kereta ini dijaga dan dirawat dengan cermat. Pada setiap kesempatan, kereta ini dicuci dan digilap sehinggakan menjadi kilat dan bersih.
Kebiasaan drebar ini menimbulkan ungkapan, 'Koretana moncar' - yang bermakna keretanya berkilat.
Kosa kata drebar ini menjadi perkataan yang paling tinggi kekerapan penggunaannya dan diterima pakai sebagai istilah yang umum.
Mengikut keterangan Dr Muhammad Ariff lagi, seingat beliau, kosa kata drebar digunakan sejak tahun 30-an. Anehnya, R. O. Winstedt tidak mendaftarkannya dalam Kamus Bahasa Melayu, yang terbit pada 1960. Kosa kata dereba dalam ejaan lamanya ini tercantum dalam Kamus Dewan Edisi Pertama, sejak 1970.
Di Indonesia, kosa kata drebar ini tidak dikenali langsung dan tidak terdaftar dalam mana-mana kamus umum. Mereka menggunakan istilah supir atau sopir sebagai padanan drebar.
Sopir, ambilan daripada bahasa Perancis, chauffeur. Drebar dan sopir ini bererti pemandu kereta yang diberi upah dan bekerja kepada majikan.
Sopir juga digunakan kepada pemandu atau pengendali atau pengayuh beca dan bemo. Bemo, akronim becak bermotor di sesetengah daerah di Indonesia.
Drebar ambilan bahasa Inggeris 'driver'. Hanya sanya, 'driver' dalam bahasa Inggeris umumnya bermakna pemandu motokar.
Dalam bahasa Melayu pula, drebar ini disempitkan makna dan pengertiannya; khusus bagi orang yang bekerja makan gaji sahaja, yang menjadi pemandu kereta kepada majikan.
Pemandu bas dikenali sebagai drebar bas. Begitulah juga, pengemudi teksi dipanggil drebar teksi. Kosa kata drebar ini belum berkembang menjadi mendrebar atau berdrebar.
Kadangkala, kosa kata sais yang seerti dengan drebar digunakan para majikan Inggeris berdasarkan makna dan konsep asalnya: pemandu dan penjaga kereta kuda dalam zaman sebelum motokar banyak digunakan orang.
Kosa kata sais ini ambilan daripada bahasa Arab, namun menurut R. O. Winstedt pula, ambilan daripada bahasa Hindi. Kosa kata ini yang pada mulanya, bermakna: kusir pedati, pengemudi atau pemandu kereta kuda.
Ayah saya, Haji Ahmad Haji Dolnabi, pernah dipanggil dengan istilah ini oleh tuannya yang berbangsa Perancis. Dan dipanggil Ahmadtok sahaja oleh majikannya yang berbangsa Jepun.

Posting Komentar