Media Bawean, 15 Mei 2009
Sumber : Cyberita Online Singapura
PESTA Kebudayaan dan Makanan Nusantara yang kali pertama diadakan di Batam November lalu mendapat sambutan menggalakkan daripada warga Singapura dan media kepulauan Riau.
Oleh itu, syarikat pelancongan Hardi Travel & Tours, dengan kerjasama Persatuan Bawean Singapura (PBS) dan Persatuan Jawa Al-Masakin, akan menganjurkannya sekali lagi bulan depan. Kali ini, Hardi Travel sedia membawa sehingga 600 peserta dari Singapura bagi pesta dari 13 hingga 14 Jun itu.
Pengurus Program Hardi Travel, Haji Ariffin Salleh, berkata pesta pertama menarik 280 penyertaan dan ramai terpaksa ditolak kerana membuat tempahan saat akhir. Satu lagi sebab, katanya, ialah Badan Penggalak Pelancongan Batam mahu pesta itu diadakan lagi dan sedia memberi sokongan seperti lalu.
'Ini inisiatif kami bagi meningkatkan silaturahim antara warga Singapura daripada suku Bawean, Bugis, Jawa dan Minang dengan penduduk Riau, khususnya di Batam, yang juga mempunyai ramai suku Melayu.
'Bagi warga Singapura, pesta ini memberi mereka peluang melihat dari dekat budaya dan makanan leluhur suku masing-masing yang tidak terdapat atau hampir pupus di Singapura. Dari situ juga mereka boleh buat kontak dalam usaha melestari budaya suku kaum masing-masing,' kata Haji Ariffin.
Pesta itu akan berlangsung di Hotel Golden View Batam, tempat penginapan peserta dari Singapura. Menurut Haji Ariffin, persembahan budaya dan persiapan makanan suku Bawean, Bugis, Jawa dan Minang diselaras oleh Badan Penggalak Pelancongan Batam.
Hanya mereka yang membeli tiket daripada penganjur dibenarkan menyertainya. Peserta dewasa dikenakan bayaran $135 seorang, manakala kanak-kanak empat hingga 11 tahun $115 dan bawah tiga tahun $85.
Bayaran termasuk penginapan semalam di Hotel Grand Majestic, makan dan tambang feri.
Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi Haji Ariffin (9451-7610), pejabat PBS (6344-5738) dan Encik Hardi Es (9066-8644).

Posting Komentar