Peristiwa    Politik    Sosial    Budaya    Seni    Bahasa    Olahraga    Ekonomi    Pariwisata    Kuliner    Pilkada   
adsbybawean
Home » » Pertandingan 'Bawean Idol'

Pertandingan 'Bawean Idol'

Posted by Media Bawean on Sabtu, 08 Agustus 2009

Media Bawean, 8 Agustus 2009

Sumber : CYBERITA ONLINE
Oleh : Karim Iskandar

NAMPAKNYA perkataan 'idol' seperti sudah menjadi kemestian dalam mana-mana adu bakat sejak popular rancangan seperti American Idol dan Singapore Idol.

Kini, masyarakat kaum Bawean pun tidak mahu ketinggalan dengan Bawean Idol apabila menganjurkan pertandingan menyanyi di peringkat balai rakyat!

Pertandingan itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat Siglap South di Palm Road, dekat East Coast Road.

Menurut pengerusi jawantankuasa penganjur, Cikgu Abdolah Lamat, sesuai dengan namanya, pertandingan itu hanya menerima penyertaan lagu-lagu yang dinyanyikan dalam bahasa Bawean. Penyertaan dibuka kepada mereka yang berusia antara 15 dengan 50 tahun.

'Inilah kali pertama MAEC Siglap South bekerjasama dengan Persatuan Bawean untuk acara seperti ini. Pertandingan serupa pernah diadakan di negara jiran dan sambutannya sangat baik.

'Sekiranya ada peserta yang kurang fasih berbahasa Bawean, mereka akan diberi bimbingan oleh penyanyi Pop Yeh Yeh, Kassim Selamat, dan saya sendiri,' kata Cikgu Abdolah, yang juga seorang penggubah muzik tempatan.

Apa yang menarik perhatian, sementara peserta bebas memilih lagu-lagu yang ingin dinyanyikan, mereka juga boleh memilih lagu popular lain yang dialihbahasakan ke Bawean.

Hadiah pertama yang disediakan penganjur ialah sebuah piala dan wang tunai $200. Naib juara, hadiah piala dan wang tunai $150, sementara ketiga menerima $100 dan piala.

Wang sagu hati juga diberikan kepada pemenang keempat dan kelima.

Pertandingan akan diadakan pada 10 Oktober.

Bayaran penyertaan ialah $20 seorang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cikgu Abdolah menerusi telefon 9874-429 atau Siglap South CC, 6241-1925.

SHARE :

Posting Komentar

 
Copyright © 2015 Media Bawean. All Rights Reserved. Powered by INFO Bawean