Media Bawean, 5 September 2009
Sumber : CYBERITA ONLINE
Oleh : Hanim Mohd Saleh
HASRAT di hati, mahu menghasilkan telemovie 100 peratus dalam bahasa Bawean demi melestarikan dialek yang popular daripada kaum asal Madura itu di sini.
Tetapi pihak penerbitan Kaben Pokol Tak Kahwin Pun Kena Pukul, akhirnya terpaksa menerima hakikat realiti kehidupan Singapura hari ini - bahawa bahasa tersebut tidak lagi menjadi bahasa harian generasi muda kaum Bawean masa kini.
'Hakikatnya, walaupun orang lama Bawean masih kuat mempertahankan bahasa ibunda mereka, generasi muda hanya mampu tahu sedikit bahasanya. Mereka lebih selesa berbahasa Melayu,' kata penerbit eksekutif telemovie tersebut, Osman Arifin dari Life Records.
Skrip asal 100 peratus Bawean kemudian dirombak oleh penulis Husin Saaban dan pengarah Khairudin Samsudin untuk menjadikannya 50 peratus Bawean dan 50 peratus menggunakan bahasa Melayu.
Lebih menarik, untuk memudahkan penonton, sarikata dalam bahasa Melayu disediakan untuk semua dialog dalam bahasa Bawean.
Hasilnya, kata Osman, lebih mencerminkan kehidupan masyarakat Melayu berlatarbelakangkan etnik dan dialek berbeza yang cukup menarik untuk diketengahkan. Kaben Pokol Tak Kahwin Pun Kena Pukul yang berkonsep satira komedi berkisar kepada keluarga Pak Lurah (lakonan Datuk Aziz Satar) yang ingin bermenantukan daripada keluarga Bawean tulen bagi mengekalkan darah keturunannya.
Bagaimanapun, anak daranya, Fifie (Effa Fatimah), jatuh hati dengan seorang pemuda peranakan Hindustan, Amir Khan (Yusof Bai). Menyedari hal ini, seorang pemuda Bawean yang agak kasar, Mak Mang, bertindak segera meminang Fifie. Tetapi apakah Fifie menerimanya demi menjaga keturunan keluarganya?
Pada mula perancangan telemovie ini, pelakon S. Sahlan yang kini bermastautin di Malaysia dinamakan sebagai pengarahnya.
Bagaimanapun Sahlan tidak dapat memenuhi jadual yang ketat yang diperuntukkan untuk penggambarannya. Tempatnya diambil alih Khairudin Samsudin.
Berdasarkan sebahagian segmen yang sempat ditontoni penulis, telemovie ini boleh dianggap mampu mengunci perhatian penonton. Permulaan cerita saja sudah memberi impak yang mengejutkan tetap menghiburkan. Ia boleh menjadi hiburan menarik di Hari Raya.
Pelakon lain yang terlibat dalam telemovie ini ialah Mahadir Shor, Ahmad Stokin, Siti Fadilah Omar, Zainal Ihim, Rubah Mayuni, Sanusi Salleh dan Rasid Moksin. M. Wari dan penyanyi Fuad Rahman juga membuat penampilan khas.
DVD telemovie ini sudah pun berada di pasaran.

Posting Komentar