Peristiwa    Politik    Sosial    Budaya    Seni    Bahasa    Olahraga    Ekonomi    Pariwisata    Kuliner    Pilkada   
adsbybawean
Home » » Dari Konteng-Kontengan Ke Konteng

Dari Konteng-Kontengan Ke Konteng

Posted by Media Bawean on Senin, 03 Januari 2022


oleh: Muhammad Zen

Sungguh seronok membaca tulisan Cikgu Sugriyanto yg bertajuk "Barisan Konteng". Yg dimakaudkan adalah konteng-konteng yg bersandar di jeti Perikanan  Sungai Teluk, kampung halaman saya. Barisan konteng ini mengganti kedudukan barisan parao pencok suatu ketika dulu. Hanya saja barisan perahu pencok "parkir" di pantai Songai Topo yg airnya pasang surut. Kalau ngandes alamat tidak olle majeng. Bertuahlah nelayan zaman kini ada jeti yg dibina sejak era Pak Suharto. 

Berbagai alasan mengapa para nelayan Songai Topo beralih dari perahu pencok kepada perahu konteng.

Apa yang membanggakan barisan konteng itu dihasilkan  sendiri oleh oreng Songai Topo yg bernama Saleh. Beliau seorang nelayan dan juga pandai bertukang di samping pandai membaiki injin (mesin). 

Sebahagian anak nelayan disuatu masa dulu,  tidak terus ikut naik perahu, sampan, jukong atau konteng untuk ikut nelayan. Tapi dimulai dengan bermain parao-paraoan, sampan-sampanan, jukong-jukongan atao konteng-kontengan di tepian laut terlebih dahulu. Dari situlah mereka   belajar mengendalikan layar dan kemudi. Berbeda dg perahu atau konteng sebenar, perahu   mainan itu dilengkapi dg alat pengimbag (kater) agar dapat mengapung dg betul di permukaan air. Untuk bergerak, perlu ada angin yg menolak layarnya. Kita pun berlari di belakangnya apabila mainan itu meluncur laju dipermukaan air. 


Replika mini kenderaan laut

itu biasanya dibuatkan orang dewasa yg bahannya dari kaju (pokok) beru atau kaju dhek-dhek. 

Namun bagi anak-anak yg cerdik mereka membuat sendiri permainan laut itu. Bahkan mereka boleh juga membuatkan untuk kawan-kawannya yg lain. Di antara anak-anak/ remaja yg pandai membuat parao-paraoan dan sejenisnya adalah Jamilnya Mak  Uwik (semuga Allah merahmati kedua-duanya di dalam kuburnya)  dan Saleh cucu kepada Kakek Sangko atau Pak Sangko. 

Memang benar apa yg dikatakan Cikgu Sugriyanto bahawa Saleh membuat semua itu secara autodidak (belajar sendiri) kerana beliau tidak pernah bersekolah pertukangan. Bahkan beliau autodidak sejak zaman kanak-kanak. Hanya dengan melihat bentuk perahu yg sesungguhnya, boleh membuat parao-paraoan, melihat konteng besar, boleh membuat konteng-kontengan. Kemudian terhasillah berpuluh konteng hasil kerja beliau. Kini anak-anaknya pula telah dipersiapkan untuk meneruskan kemahirannya membuat kenderaan laut. Boleh dikatakan kini Saleh bertindak sebagai arkitek pembuatan kenderaan laut. 

Ia termasuk kerja mulia. Bahkan Nabi Nuh diperintahkan membuat perahu oleh Allah untuk menyelamatkan orang yg beriman daripada banjir besar. Siapa yg mengajar Nabi Nuh membuat perahu? Apakah beliau pernah melihat perahu sebelumnya? Semua atas petunjuk Allah. Nabi Nuh tidak pernah melihat perahu sebelumnya. Sebab menurut ulama perahu Nabi Nuh itulah perahu pertama dibuat orang.

Allah berfirman:

واصنع الفلك بأعيننا ووحينا

Ertinya: "Dan buatlah perahu (bahtera) dibawah pengawasan dan panduan wahyu Kami". (Q. S. Hud, 37)

Semuga kerjaya Soleh dan anak-anaknya  berterusan dan menjadi kebanggaan oreng Songai Topo. 


AU3 Keramat Kl

03   Januari 2022

29  Jamadilawal 1443

SHARE :
 
Copyright © 2015 Media Bawean. All Rights Reserved. Powered by INFO Bawean