Peristiwa    Politik    Sosial    Budaya    Seni    Bahasa    Olahraga    Ekonomi    Pariwisata    Kuliner    Pilkada   
adsbybawean
Home » » IDOLA Bawean Ditentukan Sabtu Ini

IDOLA Bawean Ditentukan Sabtu Ini

Posted by Media Bawean on Selasa, 01 Desember 2009

Media Bawean, 1 Desember 2009

Sumber : CYBERITA ONLINE

SIAPAKAH yang bakal dinobatkan sebagai Idola Bawean tahun ini untuk merebut piala pusingan Kassim Selamat?

Jawapannya akan diketahui dalam satu pertandingan karaoke lagu-lagu Bawean yang bakal berlangsung di Balai Rakyat Siglap South Sabtu ini.

Pengerusi acara, Encik Abdolah Lamat, berkata bahawa seramai 30 peserta akan bertanding di peringkat akhir bagi merebut piala Kassim Selamat, yang popular dengan lagu '60-annya, La-a-Obe.

Peserta termuda berusia 13 tahun manakala yang paling tua berusia 71 tahun.

Mereka akan diadili tiga pengadil yang memang arif dalam bidang muzik dan nyanyian.

Acara tersebut dianjurkan buat pertama kali oleh Jawatankuasa Kegiatan Melayu (MAEC) Balai Rakyat Siglap South dengan kerjasama Persatuan Bawean Singapura (PBS).

Menurut Encik Abdolah, yang juga Naib Pengerusi MAEC Bedok South, semasa sesi latihan diadakan baru-baru ini, para peserta menunjukkan semangat bertanding.

'Mereka tidak kelihatan mempunyai sikap takut atau malu antara satu dengan lain.

'Malah, mereka hanya menunggu masa dan sudah bersedia untuk menunjukkan persembahan terbaik, meskipun ada di antaranya bukan penutur bahasa Bawean,' tambahnya.

Acara Idola Bawean itu berlangsung dari 3 hingga 6 petang dan akan diikuti dengan Konsert Bawean dari 7.30 hingga 9.30 malam.

Dalam acara Konsert Bawean, para penonton akan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi undangan seperti Hasna Kana, Nasir Abdullah, Mahani Mahmud, Mahani Muhamad dan Kassim Selamat.

Mereka akan menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Bawean.

Juara Idola Bawean juga akan diberi kesempatan menyanyi sekali lagi pada konsert itu.

Kemuncak acara ialah penyampaian anugerah kepada Kassim Selamat, pelopor lagu-lagu Bawean, oleh tetamu terhormat, Encik Chan Soo Sen, Anggota Parlimen Joo Chiat yang juga Penasihat Pertubuhan Akar Umbi di kawasan undi tersebut.

Tiket berharga $5 bagi menonton kedua-dua acara itu telah mula dijual.

Mereka yang ingin mendapatkannya boleh menghubungi Cik Rohana di talian 6241-1925.

SHARE :

Posting Komentar

 
Copyright © 2015 Media Bawean. All Rights Reserved. Powered by INFO Bawean