Peristiwa    Politik    Sosial    Budaya    Seni    Bahasa    Olahraga    Ekonomi    Pariwisata    Kuliner    Pilkada   
adsbybawean
Home » » Kelab Bawean Suku Gelam 'Dihidupkan' Semula

Kelab Bawean Suku Gelam 'Dihidupkan' Semula

Posted by Media Bawean on Sabtu, 30 Januari 2010

Media Bawean 30 Januari 2010

Sumber : CYBERITA ONLINE
Oleh : Saini Salleh

KELAB Pondok Peranakan Gelam (PPGC) bak mati hidup semula apabila mesyuarat tergempar yang kali pertama diadakan sejak lebih lima tahun lalu memutuskan akan mengiatkan semula persatuan berusia 78 tahun itu.

Lebih 150 anggota, yang dapat dikesan berdasarkan alamat lama, juga memilih ramai karyawan muda sektor awam dan privet duduk dalam jawantakuasa 17 orang itu.

Golongan profesional itu akan berganding bahu dengan teraju utama jawatankuasa tersebut yang dipilih semula untuk menggerakkan persatuan itu.

Tiga pemimpin yang dipilih semula ialah Presidennya yang bertindak selaku pak lurah, Encik Abdul Sarip Nahrawee; Setiausaha Kehormat, Encik Borhan Saini; dan Bendahari, Haji Jumahat Ali.

Mengulas mengenai hasil mesyuarat pada Sabtu lalu itu, Encik Borhan berkata: 'Sambutan di luar dugaan menunjukkan PPGC masih relevan dan masyarakat Bawean suku Gelam masih mahu ia dikekalkan meskipun ponthuk (pondok) asal mereka di Club Street, dekat Chinatown, kini hanya tinggal kenangan.

'Menyusulinya, kami akan mengirim salinan minit mesyuarat dan penyata kira-kira kepada Pendaftar Persatuan untuk memaklumkan bahawa para anggota mahu menghidupkan semula PPGC.'

Mesyuarat tergempar itu diadakan menyusuli Warta Pemerintah bertarikh 13 November lalu, yang menyenaraikan persatuan tersebut sebagai tidak lagi wujud melainkan ia dapat menunjukkan bukti sebaliknya dalam masa tiga bulan kepada Pendaftar Persatuan.

Menyingkap mesyuarat selama lebih satu setengah jam itu, Encik Borhan menyatakan ramai yang menitiskan air mata kerana bimbang PPGC akan dibubarkan.

'Apabila mesyuarat sebulat suara memutuskan PPGC akan dikekalkan, ramai yang menangis sambil mendakap satu sama lain,' tambahnya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Wellcare Holdings International.

Pejabatnya di Kembangan Court kini digunakan sebagai sekretariat sementara PPGC.

Memandang ke depan, Encik Borhan berkata PPCG akan mengemaskini senarai anggota dan alamat mereka untuk memudahkan perhubungan.

Ini akan diikuti satu perhimpunan kalangan anggota tahun ini bagi melakar dan menetapkan hala tuju persatuan tersebut.

Bagi memastikan PPGC memainkan peranan pada peringkat aliran utama, pihaknya akan bekerjasama dengan badan-badan Melayu/Islam, agensi-agensi pemerintah seperti Persatuan Rakyat (PA) dan balai-balai rakyat.

Menurutnya lagi, Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan), Encik Hawazi Daipi, dan mantan Anggota Parlimen GRC Jalan Besar yang juga Presiden Majlis Pusat Pertubuhan-Pertubuhan Budaya Melayu Singapura, Encik Zulkifli Mohamed, bersetuju menjadi penaung PPGC.

SHARE :

Posting Komentar

 
Copyright © 2015 Media Bawean. All Rights Reserved. Powered by INFO Bawean