Peristiwa    Politik    Sosial    Budaya    Seni    Bahasa    Olahraga    Ekonomi    Pariwisata    Kuliner    Pilkada   
adsbybawean
Home » » Irama Bawean Gegar Balai Rakyat Siglap South

Irama Bawean Gegar Balai Rakyat Siglap South

Posted by Media Bawean on Sabtu, 20 Maret 2010

Media Bawean, 20 Maret 2010

Sumber " CYBERITA ONLINE

AUDITORIUM Balai Rakyat Siglap South sekali lagi akan digegarkan dengan muzik 'live' daripada persembahan penyanyi Angkatan Pop Yeh Yeh, Kassim Selamat (La a Obe).

Beliau akan didampingi oleh dua penyanyi daripada Bawean Idol iaitu Irmayanti Md Nasir (juara) dan Humairah Bishal Khan (naib juara).

Mereka akan diiringi kugiran Sahira di bawah pimpinan Jaafar Sidek.

Dalam konsert ini nanti penonton bukan saja dihiburkan oleh irama Bawean malah akan diperlihatkan kebolehan penyanyi membawakan lagu-lagu yang pelbagai bahasa dan genre.

Mungkin ini satu keunikan kerana Kassim Selamat yang telah bergelar 'datuk' dapat digandingkan dengan penyanyi baru yang bakal menjadi pelapis (dalam lagu-lagu Bawean).

Konsert ini akan berlangsung selama dua jam.

Kassim Selamat juga akan bersama dengan pemuzik-pemuzik The Swallows yang bakal mendendangkan lagu yang tidak asing lagi iaitu La a Obe.

Penonton juga akan berkesempatan bergambar bersama mereka.

Tiket untuk menonton konsert ini kini dijual dengan harga $10.

Sesiapa yang berminat boleh menempah tiket dengan menghubungi Cik Rohana menerusi talian 6241-1925 dan oleh kerana tempat duduk terhad, dapatkan tiket anda lebih awal.

SHARE :

Posting Komentar

 
Copyright © 2015 Media Bawean. All Rights Reserved. Powered by INFO Bawean