Peristiwa    Politik    Sosial    Budaya    Seni    Bahasa    Olahraga    Ekonomi    Pariwisata    Kuliner    Pilkada   
adsbybawean
Home » » Maulid Warga Pateken
Di Johor Bahru Malaysia

Maulid Warga Pateken
Di Johor Bahru Malaysia

Posted by Media Bawean on Minggu, 20 Februari 2011

Media Bawean, 20 Februari 2011

Oleh : Diana Juri (Johor Bahru-Malaysia)


Saban tahun umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Maulidur Rasul bagi memperingati hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Dimana hari itu jatuh pada 12 bulan Rabiulawal hari Isnin Tahun Gajah bersamaan 23 April 571. Peringatan Maulidur Rasul ini juga turut diraikan di perantauan oleh para warga Bawean di Johor Bahru pada 19 hb Februari 2011 di rumah Bapak Mohamad Juri Bin Suhari, Kampung Melayu Majidee. Beliau berasal dari Pateken-Kotakusuma, Sangkapura bekerjasama warga Bawean yang lain bergotong-royong mengadakan majlis maulidur rasul ini mengikut tradisi adat Bawean. 

Sambutan ini merupakan acara tahunan dengan kerjasama para warga Bawean yang berada di kawasan Johor Bahru dan kebanyakannya berasal dari Pateken dan Pudakit Timur. Majlis ini diisi dengan pembacaan ayat suci Al-Quran, selawatan keatas Rasulullah s.aw dan ceramah agama. Walaupun jauh di perantauan tradisi Bawean masih kental dijiwa mereka dimana pemberian berkatnya telah dihiasi dengan menarik dan pemberian wang kepada anak kecil menjadi acara wajib di majlis ini. Majlis kali ini juga dihadiri oleh saudari Musyayana (Penasehat Media Bawean) yang kebetulan lagi berkunjung ke Malaysia.

Majlis ini turut menjadi satu wadah bagi warga Bawean untuk tetap saling bersilaturrahim antara mereka yang sehariannya sibuk mencari rezeki di perantaun. Selain itu juga anak-anak keturunan Bawean yang lahir di Malaysia dapat mengenal tradisi nenek moyang mereka dalam majlis ini dan hubungan mereka dengan warga Bawean masih tetap wujud. Yang terpenting sekali, diharap sambutan Maulidur Rasul ini diharap dapat memupuk rasa cinta, kasih kepada Nabi Muhammad s.aw serta dapat mengenang, menghargai dan mengambil iktibar kisah perjuagan dan pengorbannya kepada para tetamu. 

Sebagai anak tuan rumah saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah bekerja keras untuk menjayakan majlis ini antaranya Bapak Safie sekeluarga, Ibu Wasila Maswan sekeluarga, Bapak Juhairi sekeluarga, Bapak Sumiati sekeluarga, Bapak Nawar sekeluarga dan Bapak Mardani sekeluarga dan para warga Bawean lainnya di Kampung Melayu, Johor Bahru khususnya. Besar harapan saya, ditahun yang akan datang majlis seperti ini terus dilakukan guna menjaga solidaritas dan adat Bawean bagi warga di perantauan.

SHARE :

Posting Komentar

 
Copyright © 2015 Media Bawean. All Rights Reserved. Powered by INFO Bawean