Peristiwa    Politik    Sosial    Budaya    Seni    Bahasa    Olahraga    Ekonomi    Pariwisata    Kuliner    Pilkada   
adsbybawean
Home » » Menjejak Kaki ke Pulau Bawean

Menjejak Kaki ke Pulau Bawean

Posted by Media Bawean on Sabtu, 05 Juli 2008

Media Bawean, 5 Juli 2008


Sumber : Al Husseyn


Antara persembahan dari Putri Bawean yang dipertontonkan sempena resepsi rombongan warga Bawean dari Malaysia

Seramai 56 warga Bawean Malaysia dari Ipoh dan Kuala Lumpur telah mengadakan satu kunjungan muhibbah ke Pulau Bawean , tempat asal nenek moyang mereka.

Haji Hamzah Sidek atau lebih dikenali dengan panggilan Didi adalah antara peserta rombongan tersebut yang berada disana selama dua minggu. Mereka mengambil kesempatan tersebut pada cuti persekolahan Malaysia pada 26 Mei lalu untuk mengunjungi sanak saudara mara masing-masing disana.



“Ketibaan rombongan kami telah diraikan dengan begitu mesra dan orang-orang di sana dengan mengadakan beberapa acara kesenian yang menarik,” kata Didi.

“Dua minggu berada disana terasa pendek sangat waktunya dan rasa tidak puas. Ada kesempatan lagi , akan berkunjung lagi kesana,” jelasnya lagi.




Menurut Didi, dia sempat melihat kesan kejadian tanah longsor yang berlaku sekitar bulan April lalu di perkampungan Chandi yang telah meranapkan sama sekali 10 buah rumah dan mengakibatkan lebih 45 lagi yang lain musnah dan tidak dapat didiam kerana keadaannya membahayakan.

Walaubagaimana pun peristiwa trajik tersebut tidak melibatkan korban nyawa manusia melainkan beberapa binatang ternakan seperti sapi.

Difahamkan, pihak pemerintah disana hingga kini belum lagi menyalurkan apa-apa bantuan kepada mangsa yang terlibat.Amat malang kepada mereka kerana terpaksa menagih simpati saudara mara untuk menumpang teduh .






Kampung Chandi usianya sudah hampir 64 tahun didiami, mula dibina sewaktu hari ulangtahun Republik Indonesi pada tanggal 17 Ogos 1944 lalu. Kini Kampung Chandi ditinggal sepi dengan peninggalan rumah-rumah yang tersungkur menyembah bumi.

Antara tempat yang dikunjungi mereka sewaktu disana ialah Makam Wali Zainab.Terdapat sebuah mesjid berhampiran makam tersebut yang sedang dimajukan lagi dari hasil sumbangan daripada para pelawat ke makam tersebut.

Selain menempatkan tiga lagi kubur kaum kerabat Sang Wali, terdapat juga beberapa barangan peninggalan Wali tersebut berupa mangkuk tembikar dan tombak dan juga keris.Makam tersebut kini dijaga rapi secara sukarela oleh seorang wanita yang dipercayai sebagai keturuna ke-6 wali tersebut.



Rombongan telah turut menyampaikan sedikit derma bantuan kewangan kepada beberapa Surau dan Pesantren disana.

SHARE :

Posting Komentar

 
Copyright © 2015 Media Bawean. All Rights Reserved. Powered by INFO Bawean