Peristiwa    Politik    Sosial    Budaya    Seni    Bahasa    Olahraga    Ekonomi    Pariwisata    Kuliner    Pilkada   
adsbybawean
Home » » Irmayanti Juara Idola Bawean 2009

Irmayanti Juara Idola Bawean 2009

Posted by Media Bawean on Sabtu, 19 Desember 2009

Media Bawean, 19 Desember 2009

Sumber : PORTAL CYBERITA ONLINE

BELIAU sudah pun membuktikan kemampuannya membawakan lagu-lagu Melayu deli dan ghazal dengan baik dan sering menjuarai pertandingan lagu- lagu asli.

Kini, Irmayanti Md Nasir dapat berbangga kerana menambah gelaran kepada dirinya dalam bidang nyanyian - sebagai Idola Bawean 2009, yang pertama kali diperkenalkan.

Peringkat akhir Idola Bawean anjuran Balai Rakyat Siglap South telah pun berlangsung dengan jayanya pada 5 Disember lalu. Audtorium yang penuh sesak dengan penyokong dan orang ramai itu begitu gembira apabila nama Irmayanti diisytiharkan sebagai juara. Melihat pada namanya sahaja, ramai tertanya-tanya adakah Irma datang daripada keluarga orang Bawean?

Jawapannya 'tidak'.

Irma berasal dari keluarga Melayu. Lagi pun syarat- syarat pertandingan karaoke itu tidak mengehadkan hanya kepada orang Bawean sahaja tetapi terbuka kepada semua bangsa dan keturunan yang tinggal di Singapura.

Irmayanti berusia 27 tahun membawa pulang Piala Rebutan/Pusingan Kassim Selamat (La a obe) di samping piala, wang tunai $200 dan beberapa hadiah pengiring yang lain yang disampaikan Tetamu Kehormat, Encik Chan Choo Sen, Ahli Parlimen kawasan undi Joo Chiat dan juga Penasihat Pertubuhan Akar Umbi di kawasan itu.

Peraduan itu diadili oleh tiga pengadil yang terdiri daripada Nona Asiah, seorang penyanyi veteran dan banyak melatih penyanyi untuk rakaman; Idris Mohd Yusoff, mantan pengarah muzik Polis Republik Singapura; dan Salleh Ahmad, mantan penyiar rancangan Melayu di Radio Singapura.

Kata Irmayanti selepas menjuari pertandingan: 'Kalau saya boleh menyanyi lagu Hindustan dan Inggeris, mengapa tidak saya mencuba pula lagu Bawean yang satu masa dahulu begitu diminati oleh orang Singapura. Saya bercita-cita mahu popular seperti Kassim Selamat.'

Orang yang paling gembira adalah Abdolah Lamat, Pengerusi acara Bawean Idol yang juga Naib Pengerusi MAEC, Balai Rakyat Siglap South.

'Mudah-mudahan dengan adanya penyanyi-penyanyi idola yang berbakat, pertandingan ini akan menjadi satu acara tahunan. Saya berharap tahun hadapan lebih ramai lagi penyanyi terutama di kalangan anak-anak muda yang berani tampil menyanyikan lagu-lagu Bawean.

'Kami akan mengadakan kelas menyanyi dan bercakap bahasa Bawean untuk membantu dan membimbing mereka yang berminat, tidak kira sama ada daripada kalangan anak Bawean atau pun yang bukan penutur Bawean,' kata Abdolah.

Sempena majlis itu juga, penyanyi veteran Kassim Selamat diberi hadiah penghormatan kerana menjadi menjadi pelopor lagu-lagu Bawean dari era '60-an. Penglibatan beliau dalam lagu-lagu Bawean mengharumkan nama Singapura hingga ke Jerman pada satu masa dahulu.

SHARE :

Posting Komentar

 
Copyright © 2015 Media Bawean. All Rights Reserved. Powered by INFO Bawean