Peristiwa    Politik    Sosial    Budaya    Seni    Bahasa    Olahraga    Ekonomi    Pariwisata    Kuliner    Pilkada   
adsbybawean
Home » , » Luaskan Kuasamu PBM
Di Bawah Panji Anak Oreng Pebien

Luaskan Kuasamu PBM
Di Bawah Panji Anak Oreng Pebien

Posted by Media Bawean on Kamis, 30 Oktober 2014

Media Bawean, 30 Oktober 2014


AOP pencetus kebangkitan anak muda Bawean di Malaysia seiring dengan kemajuan era globalisasi yang kian maju. AOP atau nama agungnya Anak Oreng Pebien telah menjadi tarikan kepada anak-anak keturunan Bawean yang ada di dalam Malaysia khususnya.

Laman sesawang facebook umpamanya menjadi nadi dalam krektor ini untuk mengumpul seberapa banyak keturunan orang Bawean di bawah panji AOP. Sebagai sebuah group yang terunggul dalam beberapa banyak group yang berstatus nama Bawean, hanya group AOP sahaja yang menjadi tarikan dalam kalangan bangsa Bawean di Malaysia.

Kami bukan membodek dan bukan untuk membanggekan AOP, tetapi ini kenyataan di mana kami telah mengkaji sejak beberapa tahun yang lepas bermula dari tahun 2012. Group AOP telah diwujukan pada 2010 dan hingga kini group AOP telah mengumpul peminat seramai lebih 10 ribu sahabat. Ini bermaksud, hanya group ini sahaja yang mampu untuk memperjuangkan anak orang Bawean yang ada di Malaysia.

Memang banyak keperitan dan tanggung jawab yang perlu di tempuh untuk mengendali group ini. Group AOP bukan sahaj di pegang oleh seorang tetapi ia juga di tunjang oleh beberapa ramai orang di bawahnya mengikut kawasan. Motive AOP ini diwujudkan adalah untuk:

1. Memartabatkan Jati Diri Masyarakat Bawean 
2. Mengekalkan Tradisi dan Kebudayaan Masyarakat Bawean 
3. Berinteraksi & Merapatkan Hubungan Silaturrahim sesama bawean

Group Aop menjadi tonggak PBM (Persatuan Bawean Malaysia) untuk kehadapan dalam merealisasikan segala agenda.AOP telah menjadi tunjang di bawah PBM sehinggakan PBM sendiri mati tanpa AOP. Sejak beberapa tahun lalu, group AOP telah menjadi nadi bagi PBM untuk berkembang maju dalam menaikkan Persatuan Bawean Malaysia setanding dengan bangsa lain yang ada di Malaysia ini.

Pencetus AOP iaitu Pak Lora atau Azroy sendiri telah dilantik dalam keanggotaan PBM sebagai setiusaha keran beliau telah banyak berjasa dengan kebangkitan PBM dalam beberapa tahun ini. Berharap dengan adanya AOP dan PBM dapat lagi berkembang maju kehadapan dengan mengangkat nama Bawean setanding dengan bangsa-bangsa yang lain.

PBM memerlukan sokongan dari anda semua untuk terus bangkit. Hanya dengan hadir kesetiap progrem PBM tanpa mendaftarkan diri sebagai ahli PBM kurang berkesan. Sebagai orang yangt berketurunan dan anak orang Bawen, anda semua perlu menjadi ahli di dalam PBM supaya persatuan anda bangkit kehadapan. Tanpa sokongan dari anda PBM tidak dapat bergerak kerana kekurangan ahli.

Bagaimana kita hendak menunjukkan bangsa kita kepada kerajaan, kalau keahlian atau persatuan tidak mendapat sokongan. Maka dari itu, kita tekadkan semangat untuk menjadi ahli di dalam PBM.

Bangsa kita dari dulu hingga sekarang ini belum ada kemudahan, belum lengkap dari segi tempat seperti dewan Bawean atau secara ringkasnya rumah persinggahan untuk orang Bawean. Maka justru itu, ayuh rakan di AOP ramai-ramai berdaftar dan menjadi ahli PBM.

Persatuan PBM tidak bermakna tanpa sokongan dan ahli dari anda semua. Dengan adanya persatuan adalah untuk mengetengahkan segala pandangan, cadangan serta aduan dari anda semua

Akhir kata sebagai warga Bawean marilah kita bersama memberi sokongan kepada PBM dan AOP sebagai pencetus kebangkitan bangsa Bawean yang ada di Malaysia

SHARE :
 
Copyright © 2015 Media Bawean. All Rights Reserved. Powered by INFO Bawean