Peristiwa    Politik    Sosial    Budaya    Seni    Bahasa    Olahraga    Ekonomi    Pariwisata    Kuliner    Pilkada   
adsbybawean
Home » » Persatuan Bawean Singapore
Anjur Karnival Keluarga Esok

Persatuan Bawean Singapore
Anjur Karnival Keluarga Esok

Posted by Media Bawean on Jumat, 24 Desember 2010

Media Bawean, 24 Desember 2010

Sumber : Cyberita Online Singapore


PERSATUAN Bawean Singapura (PBS) akan menganjurkan karnival keluarga untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat suku Bawean di sini mengenai kegiatan persatuan tersebut.

Karnival yang disertakan dengan pelbagai acara menarik itu akan berlangsung di Lawn 1 atau dikenali sebagai Tanjung, di pantai Changi dari 9 pagi hingga 5 petang esok.

Jurucakap persatuan tersebut, Haji Morni Sulaiman, menyatakan karnival itu juga bertujuan mengukuhkan semangat kekeluargaan melalui kegiatan sukan dan riadah.

Ini di samping meningkatkan silaturahim dalam kalangan anggota PBS dan masyarakat Bawean serta masyarakat umum.

Antara acara di karnival itu termasuk 'Telematch Captain Ball', 'Telematch Sarong Ball' dan permainan pocok-pocok.

Para peserta juga dapat menikmati persembahan silat oleh Perguruan Pencak Sendeng.

Bagi memeriahkan karnival besar-besaran itu, beberapa artis telah diundang seperti Irmayanti Md Nasir yang merupakan Johan Bawean Idol 2010, Humairah Bishal Khan (naib juara Bawean Idol 2010), Ruslan Yus (penyanyi 1970-an) dan pelawak A. Mahadi.

Turut diadakan ialah acara karaoke dengan peserta diminta membawa cakera padat (CD) pilihan masing-masing.

Beliau berharap anggota PBS dan masyarakat Bawean serta orang ramai dapat melapangkan masa untuk menghadiri karnival tersebut.

Tiada sebarang bayaran di kenakan.

Tamu terhormat karnival tersebut ialah Setiausaha Parlimen Kanan (Tenaga Manusia merangkap Kesihatan), Encik Hawazi Daipi.

SHARE :

Posting Komentar

 
Copyright © 2015 Media Bawean. All Rights Reserved. Powered by INFO Bawean