Peristiwa    Politik    Sosial    Budaya    Seni    Bahasa    Olahraga    Ekonomi    Pariwisata    Kuliner    Pilkada   
adsbybawean
Home » » Pembuat Filem Sanif Olek
'Bawean Teladan'

Pembuat Filem Sanif Olek
'Bawean Teladan'

Posted by Media Bawean on Senin, 19 September 2011

Media Bawean, 19 September 2011


Oleh : Nurul Dayana Simangoon

FILEM-FILEM pendek dan rancangan televisyen karya dan arahan beliau telah berjaya merangkul pelbagai anugerah di persada seni setempat dan antarabangsa.

Kejayaan Encik Sanif Olek menaikkan taraf industri seni tempatan mendapat penghormatan apabila beliau diberikan Anugerah Bawean Teladan 2011.

Pembikin filem dan pengarah televisyen berusia 40 tahun itu tokoh termuda yang diberi anugerah tersebut sejak ia diperkenal pada 1999 oleh Persatuan Bawean Singapura (PBS).

Beliau penerima ke- 11 anugerah tersebut.

Ia disampaikan oleh presiden Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM), Encik Wan Hussin Zoohri, dalam majlis sambutan Hari Raya PBS, Salam Lebaran, di Hotel Furama River Front.

Anugerah itu diberi kepada tokoh Bawean yang telah menaiktarafkan nama masyarakat Bawean Singapura hasil pencapaian dan sumbangan mereka kepada masyarakat.

Pemenang sebelum ini termasuk Haji Ridzwan Dzafir, Ustaz Embek Ali (Allahyarham) dan usahawan Encik Sujimy Mohamad.

Ditemui semalam, Encik Sanif melahirkan rasa terharu kerana usahanya menghasilkan karya-karya bermutu selama ini diiktiraf.

'Saya rasa cukup terharu kerana anugerah ini menunjukkan masyarakat saya sendiri menghargai usaha saya selama ini, dan ini cukup bermakna bagi saya.

'Anugerah ini akan dijadikan pembakar semangat untuk saya terus berusaha memajukan masyarakat Bawean di sini sebagai anak Bawean,' ujarnya.

Encik Sanif, lulusan sarjana muda Universiti Murdoch yang berpengalaman 15 tahun dalam penerbitan filem dan televisyen, berkata beliau bermula sebagai pembantu penerbitan yang antara lain 'diarah membuat kopi' sebelum diberi tanggungjawab mengarah rancangan televisyen sekitar lapan tahun lalu.

Sejak 2000, Encik Sanif telah merangkul lapan anugerah dalam Pesta Perdana anjuran saluran televisyen Suria, termasuk Arahan Terbaik dan Siri Drama Terbaik bagi 1988... Segaris Sinar pada 2009.

Pada 2008, filem ringkas pertamanya, Lost Sole, dinobatkan sebagai Filem Ringkas Agama Terbaik dalam Festival Filem Ringkas Antarabangsa bagi Budaya di Jaipur, India.

Lost Sole turut menerima anugerah Filem Naratif Terbaik dalam Festival Filem Ringkas Antarabangsa Rahmat di Tabriz, Iran, pada tahun itu.

Pada 2009, sebuah lagi filem ringkas Encik Sanif, a la folie, menang Anugerah Filem Pendek Terbaik di Festival Filem Asia Netpac di Indonesia.

Kini anak bongsu daripada lima adik-beradik itu sedang menyiapkan pospenerbitan filem ringkas terbarunya, Voluptas.

Filem layar lebar penuh pertamanya, Ramuan Rahasia, sedang mendapatkan dana.

Ditanya apakah yang mendorong beliau menceburi bidang perfileman, Encik Sanif berkata semasa kecil beliau kagum menonton filem- filem Hindustan dan P. Ramlee.

'Pendek kata, saya suka bercerita dan cuba menyingkap isu-isu masyarakat dan keadaan manusia dalam filem-fi lem saya,' ujarnya.

Anugerah-anugerah lain yang diberi dalam majlis kelmarin ialah Anugerah Bawean Internasional dan Anugerah Rakan Bawean, yang diberi buat pertama kali, serta Anugerah Bawean Jasawan.

Sumber : http://cyberita.asia1.com.sg/

SHARE :

Posting Komentar

 
Copyright © 2015 Media Bawean. All Rights Reserved. Powered by INFO Bawean