Peristiwa    Politik    Sosial    Budaya    Seni    Bahasa    Olahraga    Ekonomi    Pariwisata    Kuliner    Pilkada   
adsbybawean
Home » » Usaha Hidupkan Semula
Drama Bawean di Singapura

Usaha Hidupkan Semula
Drama Bawean di Singapura

Posted by Media Bawean on Selasa, 05 Juni 2012

Media Bawean, 5 Juni 2012

PBS anjur pementasan kumpulan dari Pulau Bawean di pesta budaya Oleh

SAINI SALLEH


SATU pementasan drama Bawean akan diadakan sempena Pesta Budaya Bawean dan bagi menghidupkan semula kegiatan drama Bawean di sini.

Namun, pementasan itu, yang akan diselang-seli dengan persembahan budaya asli Pulau Bawean, akan dijayakan sepenuhnya oleh dramatis dan aktivis budaya dari pulau tersebut.

Dianjurkan Persatuan Bawean Singapura (PBS), ia akan dipentaskan di auditorium Politeknik Singapura pada 15 September.

Drama sebabak sepanjang dua setengah jam itu berjudul Kejarlah Ilmu Aku Kau Dapat dan turut menerapkan unsur-unsur agama.

Ia akan diarahkan oleh Encik Mochammad Natsir Abrari, yang lebih dikenali di Indonesia sebagai Sir Baidy Iskak, yang pernah merantau 10 tahun ke Jakarta untuk "terjun" dalam dunia teater.

Antara kumpulan yang pernah dipimpin pesara pegawai kastam itu ialah Teater Bara, Teater Gelut, Teater Sunda Kelapa dan Art Study Club, juara Festival Teater Remaja di Taman Ismail Marzuki, Jakarta, tiga tahun dari 1977 hingga 1979.

Encik Natsir, 59 tahun, aktif menulis puisi, cerpen, mengarah drama dan sebagai pelatih teater.

Drama Bawean Singapura terkubur dengan pemergian Allahyarham S. Wira, yang nama sebenarnya Samsriwira Haji Basri, pada 1999. Kali terakhir ia dipentaskan di sini pada 1997.

Kesenian Bawean dalam drama Kejarlah Ilmu Aku Kau Dapat akan dipersembahk`n oleh kumpulan daripada Lembaga Eskavasi Budaya, atau Beku Bhei Bhei, yang diasaskan seorang budayawan Pulau Bawean, Pak Cuk Sugrito.

Kumpulan itu akan mempersembah seni asli pulau Bawean seperti kerecengan (memukul rebana sambil menari), mandiling (berbalas pantun sambil menari beramai-ramai) dan jibul (bercerita bak penglipur lara).

Rombongan drama dan budaya seramai 30 orang itu akan dipimpin Pak Cuk Sugrito.

Mengenai drama itu, Encik Natsir berkata ia berkisar pada cara hidup masyarakat desa Pulau Bawean yang lebih suka mendirikan rumah tangga pada usia remaja daripada mengejar ilmu.

Namun, seorang gadis cuba menentang arus dengan menolak lamaran seorang pemuda kerana ingin melanjutkan pelajaran demi masa depan yang lebih cerah.

"Gadis di desa-desa di pulau Bawean itu ramai yang kahwin pada usia terlalu muda. Ada yang umur 12 tahun, 13 tahun sudah berumah tangga.

"Amalan ini boleh mundurkan masyarakat kerana mereka membelakangkan ilmu sedangkan ilmu penting untuk majukan diri dan keluarga serta mengangkat masyarakat dan negara,'' ujar Encik Natsir ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Penyelaras media pesta itu, mantan setiausaha PBS, Haji Morni Sulaiman, berkata pihaknya menjangka sambutan hangat memandangkan kegersangan pementasan drama Bawean di sini dan peluang bagi masyarakat Singapura mengenali lebih dekat budaya asli Bawean.

Perincian pesta itu akan diumum kelak.

SHARE :
 
Copyright © 2015 Media Bawean. All Rights Reserved. Powered by INFO Bawean