Media Bawean, 6 Mei 2012
Kepada,
Yang Berbahagia,
Tuan Samsu Bari
Kepala PT. Telkom Bawean
Melalui,
Redaksi Media Bawean
Jl. Sawah Luar No. 1, Kotakusuma, Sangkapura
Gresik Jawa Timur 61181
6.5.2012
PENGADUAN MASALAH PERHUBUNGAN TELEKOMUNIKASI MELALUI TELEFON BIMBIT / TALIAN TELEKOM KE TAMPO, PUDAKIT BARAT KEC.SANGKAPURA DARI / KE MALAYSIA ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tuan,
Salam hormat,
Dukacita dimaklumkan bahawa saya mewakili pihak ahli keluarga dan famili dari seluruh Tampo Pudakit Barat Kecamatan Sangkapura di Malaysia mohon pihak berkuasa di Bawean dapat mengatasi permasalahan perhubungan Telekomunikasi samada melalui penggunaan telefon bimbit maupun telefon Telekom @ yang menggunakan talian. Masalah untuk menghubungi ahli keluarga / famili ke kampong dari Malaysia dan juga Ke Malaysia dari kampong amat mengecewakan kerana sukar dihubungi yakni seolah-olah tiada gelombang penerimaan@signal penerimaan.
Kejadian ini telah berlaku sekian lama dan saya mewakili penduduk Tampo Pudakit Barat merayu agar pihak yang bertanggungjawab dapat memperbaiki kemudahan Telekomunikasi di Bawean secepat mungkin memandangkan banyak permasalahan atau berita yang lewat atau langsung tidak kami terima dari Malaysia terutamanya melibatkan berita kematian atau berita berkaitan ahli keluarga atau sanak saudara yang sakit tenat di kampong.
Permasalahan ini mungkin berpunca dari kekurangan pencawang di sekitar kawasan yang dilindungi bukit atau pergunungan terutama di Tampo Pudakit Barat serta ketiadaan fungsi telekomunikasi di pencawang di lokasi Gunung Mas, Bawean.
Sekali lagi, mohon pihak sidang redaksi dapat menyampaikan berita ini kepada Penguasa Telekomunikasi Pulau Bawean agar permasalahan ini dapat disegerakan setelah hampir 6 bulan penggunaan telefon bimbit langsung tidak berfungsi terutamanya di lokasi tertentu di Tampo Pudakit Barat Kecamatan Sangkapura.apabila cuba dihubungi dari Malaysia.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
AHMAD KAMAL
Kuala Lumpur
Malaysia
Respon Samsu Bari (Kepala PT. Telkom Bawean)
Silahkan ditulis nomor telepon yang mengalami gangguan, kemudian dilaporkan ke kantor PT. Telkom Bawean, Nomor Telepon (0325)421500